Saturday, July 2, 2011

Proses Membuat Tangga - 1

Proses untuk membuat tangga utama telah bermula...mungkin terdapat sedikit kerumitan kerana berdasarkan pelan asal tangga akan dibina menggunakan batu-bata....namun setelah difikirkan semula...tangga akan dibina dengan menggunakan acuan konkrit supaya lebih kelihatan menarik dan unik......Tangga yang digelar Ekor Ikan oleh Pak Endut & Crew....
Acuan tangga telah diletakkan diposisi...kelihatan tangga akan membesar ke bawah...mungkin inilah yang dikatakan ekor ikan...sebenarnya tangga ini adalah adaptasi tangga melaka...

Kelihatan krew sedang berbincang berkenaan ukuran...kalau silap ukuran dan perkiraan tangga ini akan memberi kesan kepada keselesaan apabila naik dan turun....

Pandangan sisi....tidak berapa curam..sebagaimana yang dijangka sebelum ini

Besi telah dibentuk dan diikat dan diletakkan pada posisi....asas kepada kekuatan tangga tersebut...

No comments:

Post a Comment