Monday, March 19, 2018

SAMBUTAN AIDILFITRI 2017

Selepas beberapa tahun ketika post terakhir pada blog ini, hari ini terbuka hati untuk update perkembangan terkini tentang rumah ini.

View rumah dari udara menerusi rakaman drone sewaktu sambutan Aidilfitri 2017.

Rumah telah melalui sedikit proses renovasi sebagaimana link

https://www.facebook.com/AarezHolding/posts/375852249460995


Ingin membina kediaman impian sila hubungi 

Aarez Holding Sdn Bhd  (sila klik)








Thursday, February 14, 2013

Genap 2 tahun 14 Februari 2013

Setelah berpenat lelah, tension, marah, gembira, dan macam2 rasa lagi...akhirnya hari ini 14 Februari 2013 telah genap 2 tahun pembinaan rumah berkonsep tradisional Terengganu ini.

Walaupun belum siap sepenuhnya...99.8% telah siap...pemilik merasakan berbaloi menunggu selama 2 tahun kerana hasilnya melebihi jangkaan.....

Kredit perlu diberikan kepada En. Fauzi yang telah banyak menyumbang idea sebelum dan semasa pembinaan rumah ini. Tidak lupa juga kepada Pak Endut, kontraktor veteran yang berani menyahut cabaran untuk membina rumah ini walaupun realitinya ianya amat sukar untuk disiapkan....tidak mudah untuk menyiapkannya....

Amirul Husin....orang muda yang memberi sentuhan ukiran kayu walaupun lambat untuk menyiapkan tugasan ukiran kayu namun hasilnya tidak mengecewakan malah melebihi jangkaan....yang pasti hasil kerja beliau akan direkomenkan peminat ukiran kayu konsep tradisional.....


Semoga blog ini akan kenangan kepada anak-anak bahawa bukan mudah abah untuk menyiapkan rumah ini...dalam proses penyediaan pelan rumah yang memakan masa hampir setahun....idea-idea kerap datang ketika tidur....seakan-akan ada yang mengejutkan dari tidur...Semasa pembinaan rumah ini dalam masa 2 tahun pelbagai cabaran datang,,,,

Arwah Ayah sekiranya beliau masih mesti gembira melihat terbinanya rumah ini....arwah ayah meninggal pada 13 Mac 2011 selepas sebulan pembinaan rumah bermula...beliau walaupun "nyanyuk" pernah sekali bercakap tentang pembinaan rumah ini seakan-akan memberi restu dan harapan agar pembinaan rumah dapat direalisasikan. InsyaAllah tahlil arwah akan diadakan pada 1 Mac 2013 nanti di rumah baru ini...

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memudahkan perjalanan ini .....Alhamdulillah.......


Thursday, April 12, 2012

Siling Kayu - Updates 1







Pemasangan tile rumah....

Pok Ngoh sdg briefing planning pemasangan tile bilik air

Border glass tile

Tile bunga jadi border sekeliling atas....

Citarasa Hazim
Begini jadinya...Hazim amat gembira...

Syirah.....katanya OK....

Konsep kayu....
Konsep asal Pok Ngah...nampaknya dia tersilap susun...

Terpaksa crew2 Pak Ngoh buka balik....arahan Pok Endut...customer satisfaction is the priority...walaupun tak belajar bisnes..itulah falsafah Pok Endut setakat ini...

Struktur Bumbung & Tangga Belakang

Discuss untuk menyiapkan tangga belakang

Kelihatan struktur roof beam dan tiang untuk bumbung belakang...


Proses menyiapkan tangga

Acuan awal tangga telah kelihatan...

Pok Endut sedang memberi tunjuk ajar....

Sunday, February 26, 2012

Tingkap Rumah

Tingkap Kayu Seraya yang ditempah berbulan dulu tiba di lokasi

Design tingkap sebegini difikirkan sesuai untuk rumah berkonsep tradisional Terengganu

Tingkap labuh yang diletakkan diposisinya......

Tingkap bersaiz biasa untuk belakang rumah..

Tingkap labuh berdaun 3 diposisi.....

Siling Kayu

In the process.....

Close up tekstur kayu....
Kerangka siling kayu
Proses meyediakan siling kayu



Siling kayu separa siap. Design bertingkat mcm siling kapur

Warna kayu yang agak cerah. Masih lagi diperingkat awal...akan dirapikan kemudian..