Monday, June 6, 2011

Dinding Batu Bata

14hb Jun bermakna genap 4 bulan projek dijalankan....

Sehingga kini owner telah sign 35% tuntutan kesiapan oleh kontraktor iaitu sehingga siapnya struktur konkrit bertetulang..

Proses mengikat batu bata telah bermula...apabila siapnya dinding batu bata berserta lengkapkannya frame tingkap dan pintu...maka kontraktor akan claim 10% lagi....

Rupa struktur beranda utama/hadapan

Struktur rumah yang siap sepenuhnya...dan telah mula menampakkan sedikit keunikan rekabentuk...

Dinding ketinggian 1 kaki telah disiapkan yg kemudiannya akan diletakkan frame tingkap labuh yang siap berpagar serta diletakkan papan bunga ditengahnya

Bahagian belakang akan menggunakan tingkap bersaiz biasa/standard

Kelihatan sebahagian kecil dinding bahagian dapur sedang disiapkan....

No comments:

Post a Comment