Thursday, February 14, 2013

Genap 2 tahun 14 Februari 2013

Setelah berpenat lelah, tension, marah, gembira, dan macam2 rasa lagi...akhirnya hari ini 14 Februari 2013 telah genap 2 tahun pembinaan rumah berkonsep tradisional Terengganu ini.

Walaupun belum siap sepenuhnya...99.8% telah siap...pemilik merasakan berbaloi menunggu selama 2 tahun kerana hasilnya melebihi jangkaan.....

Kredit perlu diberikan kepada En. Fauzi yang telah banyak menyumbang idea sebelum dan semasa pembinaan rumah ini. Tidak lupa juga kepada Pak Endut, kontraktor veteran yang berani menyahut cabaran untuk membina rumah ini walaupun realitinya ianya amat sukar untuk disiapkan....tidak mudah untuk menyiapkannya....

Amirul Husin....orang muda yang memberi sentuhan ukiran kayu walaupun lambat untuk menyiapkan tugasan ukiran kayu namun hasilnya tidak mengecewakan malah melebihi jangkaan....yang pasti hasil kerja beliau akan direkomenkan peminat ukiran kayu konsep tradisional.....


Semoga blog ini akan kenangan kepada anak-anak bahawa bukan mudah abah untuk menyiapkan rumah ini...dalam proses penyediaan pelan rumah yang memakan masa hampir setahun....idea-idea kerap datang ketika tidur....seakan-akan ada yang mengejutkan dari tidur...Semasa pembinaan rumah ini dalam masa 2 tahun pelbagai cabaran datang,,,,

Arwah Ayah sekiranya beliau masih mesti gembira melihat terbinanya rumah ini....arwah ayah meninggal pada 13 Mac 2011 selepas sebulan pembinaan rumah bermula...beliau walaupun "nyanyuk" pernah sekali bercakap tentang pembinaan rumah ini seakan-akan memberi restu dan harapan agar pembinaan rumah dapat direalisasikan. InsyaAllah tahlil arwah akan diadakan pada 1 Mac 2013 nanti di rumah baru ini...

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memudahkan perjalanan ini .....Alhamdulillah.......