Proses untuk membuat tangga utama telah bermula...mungkin terdapat sedikit kerumitan kerana berdasarkan pelan asal tangga akan dibina menggunakan batu-bata....namun setelah difikirkan semula...tangga akan dibina dengan menggunakan acuan konkrit supaya lebih kelihatan menarik dan unik......Tangga yang digelar Ekor Ikan oleh Pak Endut & Crew....
|
Acuan tangga telah diletakkan diposisi...kelihatan tangga akan membesar ke bawah...mungkin inilah yang dikatakan ekor ikan...sebenarnya tangga ini adalah adaptasi tangga melaka... |
|
Kelihatan krew sedang berbincang berkenaan ukuran...kalau silap ukuran dan perkiraan tangga ini akan memberi kesan kepada keselesaan apabila naik dan turun.... |
|
Pandangan sisi....tidak berapa curam..sebagaimana yang dijangka sebelum ini |
|
Besi telah dibentuk dan diikat dan diletakkan pada posisi....asas kepada kekuatan tangga tersebut... |